Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 5)

7 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-5 ini bertujuan untuk mendedahkan peserta tentang cara untuk mendraf pola & menggunting kain untuk membuat apron.

Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah disertai pada minggu lepas. Dalam kelas ini, peserta telah membawa bahan-bahan yang dipesan oleh Cikgu Su dalam kelas pada minggu lepas.Cikgu Su menerangkan bahawa ciri-ciri yang perlu ada pada sesebuah apron adalah tali penyangkut pada leher, tali pengikat dan kocek tampal. Peserta dikehendaki menyediakan kertas pola serta alatan-alatan dan menanda kertas mengikut ukuran-ukuran yang diterangkan oleh Cikgu Su untuk menghasilkan apron.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali